Pesanan Terakhir Yang Menghayat Hati Arwah Isteri Jalaluddin Hassan


KUALA LUMPUR 5 Nov. - Isteri pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan sempat berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak meninggalkan solat sebelum dia mengembuskan nafas terakhirnya.

Arwah, Hashimah Aksan, 64, menyampaikan pesan itu dua hari sebelum meninggal dunia dan Jalaluddin sendiri tidak menyangka itu adalah pesanan terakhir isterinya.

“Selain pesanan itu, dia juga ada memberitahu yang dia rasa akan meninggal dunia. Itu yang saya tegur dia kerana ajal dan maut di tangan Allah. - UTUSAN ONLINE