Kereta saya, suka hati saya nak servis di mana
Assalamulaikum.
Pagi tadi sempat berbual dengan seorang rakan yang sudah lama di dalam industri automotif. Beliau mengeluh kerana masih ada lagi pemilik kenderaan yang tidak faham fungsi waranti.
Saya terpaksa menyokong rungutan beliau kerana saya sendiri pernah melihat sendiri kejadian tersebut.
Mari saya kongsikan dua insiden berkaitan waranti yang pernah saya lihat sendiri.
1. “Saya pun pernah pakai kereta sebelum ini …”
Seorang wanita mengadu pusat servis tidak mahu menggantikan transmisi kenderaan beliau yang rosak. Wanita tersebut berkata kenderaan beliau masih baharu dan di dalam waranti.
Bila saya tanya bila kali terakhir servis dan di mana, beliau menjawab ia baharu di servis tetapi selepas servis pertama, beliau mengambil keputusan untuk menghantar kenderaan beliau untuk servis di mekanik lain yang bukan dari jenama kenderaan miliknya itu.
“Servis dengan dia mahal. Alaaaah, saya pun pernah pakai kereta sebelum ini, saya tahu servis dia mahal, buat apa saya bayar banyak macam itu. Baik saya servis dengan mekanik biasa, jauh lebih murah,” ujar beliau.
Dalam ertikata lain, waranti kenderaan beliau secara otomatik terbatal kerana beliau tidak lagi menghantar kenderaan beliau ke pusat servis yang bertauliah.
Saya beritahu beliau bahawa itu adalah satu kesilapan besar dan saya suruh dia merayu kerana transmisi bukan satu komponen yang murah – ia boleh berharga puluhan ribu Ringgit.
Dan mungkin juga model itu memang mempunyai sejarah transmisi yang rosak, maka boleh dibawa berunding. Saya harap beliau dapat menyelesaikan masalah beliau.
Pusat servis tahu akan masalah yang biasa ada pada sesebuah model itu dan tahu cara membaikinya.
2. “Kereta saya, suka hati saya hendak servis di mana pun .. “
Kes ini sedikit ekstrem kerana ia melibatkan pihak mahkamah.
Seorang pemilik kenderaan marah kerana kereta beliau mengalami kerosakan dan beliau mengambil keputusan untuk menyebarkan masalah beliau ke laman media sosial untuk diviralkan.
Pihak syarikat kenderaan telah menghubungi beliau dan menerangkan bahawa kereta beliau mengalami kerosakan kerana tidak diservis oleh pusat servis syarikat itu sendiri namun pemilik tersebut berkata adalah menjadi hak beliau untuk menghantar keretanya diservis di mana-mana.
Akhirnya, kes tersebut dibawa ke mahkamah dan didapati pemilik kenderaan tersebut bukan sahaja tidak menghantar kereta itu untuk diservis di pusat servis bertauliah, tetapi beliau tidak mematuhi skala berjadual servis kenderaan tersebut.
Pihak mahkamah mendapati pemilik itu bersalah dan perlu membayar kerugian kepada syarikat, namun pihak syarikat cuma mahukan notis minta maaf dari beliau di surat khabar sahaja.
Beliau sangat bernasib baik kerana beliau boleh disaman sebenarnya kerana menyebarkan perkara yang tidak benar dan menjejaskan reputasi syarikat tersebut.
Beliau bernasib baik kerana syarikat tersebut katanya memberikan kelonggaran dan beliau tidak perlu membayar saman atau membeli ruang iklan yang mahal. Cukup dengan ruang iklan murah begini.
Kenderaan yang wujud di pasaran sekarang ini jauh berbeza dengan Toyota Corolla KE30 milik pakcik kita dahulu.
Wujudnya kawalan asap, teknologi penjimatan bahan bakar dan faktor-faktor keselamatan serta keperluan tenaga yang tinggi dari enjin yang kecil, enjin kenderaan sekarang sangat kompleks dan perlukan pengawasan dan penyelenggaraan yang khusus.
Mungkin ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh kebanyakan mekanik di luar tetapi mereka tidak akan mendapat service-update atau informasi servis terkini dari syarikat pengeluar kenderaan itu sendiri.
Enjin itu juga mungkin memerlukan bahan pelincir khas yang hanya didapati dari pusat servis bertauliah, atau memerlukan alatan khas untuk melakukan servis yang baik dan lengkap ke atas kenderaan itu.
Sebelum sebuah model itu dilancarkan, syarikat pengeluar kenderaan akan memberikan latihan secukupnya kepada pusat servis dan nilai latihan itu mungkin sampai jutaan Ringgit – menunjukan bahawa latihan sangat diperlukan untuk memberi servis yang baik kepada kenderaan tersebut.
Oleh kerana itu, untuk memastikan kenderaan itu beroperasi dengan sempurna, ia perlu diselenggara oleh mekanik yang terlatih.
Kerana itu, waranti hanya sah jika kita menjaga kenderaan itu seperti apa yang termaktub di dalam perjanjian semasa kita membeli kenderaan tersebut.
Pusat servis juga boleh membantu kita memastikan kenderaan itu tahan lebih lama dan mempunyai nilai jual balik yang lebih tinggi (atau memudahkan ia dijual balik).
Pastikan anda menyimpan resit bayaran selepas servis di pusat servis kerana ada jaminan untuk mutu pekerjaan dan alatganti.
Saya akur bahawa ada kes di mana kenderaan memang diservis dengan pusat servis tetapi kerosakan tetap berlaku. Di dalam kes itu, syarikat kenderaan selalunya akan membantu lebih dari yang sepatutnya kerana mereka ingin membantu pelanggan-pelanggan setia mereka.
Saya sebenarnya sangat takjub dengan mereka ini. Sekiranya saya membeli sebuah mesin dengan harga puluhan atau ratusan ribu Ringgit, saya akan pastikan saya baca segala perjanjian dan syarat sebelum saya turunkan tanda tangan, dan saya juga akan pastikan bila ia patut diservis dan kosnya berapa.
Mungkin mereka ini semua sudah kaya. Apalah sangat kenderaan berharga puluhan ratusan ribu ini. Pasti mereka membeli secara tunai dan jika rosak, mungkin mereka buang kenderaan tersebut ke lombong dan beli yang baharu.
Sebelum membawa isu kita ke laman sosial, periksa samada kita ini benar-benar berada di pihak yang benar. Tanya pendapat mereka yang lebih arif. Jika kita sebarkan perkara yang tak benar, itu fitnah dan dosa fitnah itu besar.
Ada beribu orang yang bekerja dengan syarikat itu untuk mencari rezeki bagi keluarga mereka dan sekiranya nafkah mereka terjejas akibat fitnah anda, maka harus anda takut dengan balasan dariNya pula.
Saya sangat harapkan agar pembaca Careta menjadi pembeli yang lebih bijak dan boleh menasihatkan rakan-rakan atau saudara-mara akan cara membeli dan menjaga kenderaan dengan betul.
Jangan sampai kita tersepit kerana hutang ansuran bulanan dan bil mekanik yang tinggi.
Wallahuallam.
Sumber : Mediahub
Popular Posts
-
Nak kuku cantik dan sihat, biasanya wanita akan ke salon kecantikan atau spa melakukan manikur padikur. Tapi kalau mahu berjimat, anda bol...
-
'Paracetamol Syrup' keluaran Royce Pharma yang mengandungi alkohol diarah ditarik balik Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataa...
-
"Sumpah geram siapa yang report! Call cakap dengar suara lelaki dalam rumah, selepas itu nak tuduh macam-macam dan kata kitorang buka...
-
Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pengedaran sekeping gambar bogel pelakon cantik, Rozita Che Wan yang tersebar luas di inte...
-
KUALA LUMPUR - Susulan viralnya kes seorang wanita mendakwa telah diceraikan suami dan ingin pulang ke Malaysia bersama dua anak kecilnya...
-
Kenaikan harga minyak masak disebabkan pemansuhan subsidi dan pengapungan harga minyak masak mengikut harga pasaran adalah isu yang sanga...
-
Dua Pelajar UMP Berkelah Di Gambang. Saya Tengok Dia Terjun, Lepas Tu Saya X Nampak Lagi.. | Kuantan: Dua penuntut Universiti Malaysia Pahan...
-
Seorang bayi lelaki berusia satu tahun di Filipina tercekik ketika diberi makan Jelly Ace, makanan manis yang sedang popular di negara itu...
-
Gantung Bayi Keluar tingkap Dari Ketinggian 150 Kaki Kerana “LIKE”. Apa Yang Berlaku Buat Dia MENYESAL !!! | Seorang bapa menggantungkan ba...
-
Memberikan KFC, Pizza Hut serta ada yang menerima wang tunai RM50, itulah pendedahan oleh Exco Pemuda Parti Pribumi Malaysia, Abdul Hannaan ...
Recent Posts
Blog Archive
- Mar 2023 (140)
- Feb 2023 (108)
- Jan 2023 (49)
- Dec 2022 (30)
- Nov 2022 (12)
- Oct 2022 (62)
- Sept 2022 (125)
- Aug 2022 (147)
- Jul 2022 (136)
- Jun 2022 (132)
- May 2022 (65)
- Apr 2022 (116)
- Mar 2022 (154)
- Feb 2022 (109)
- Jan 2022 (79)
- Dec 2021 (50)
- Nov 2021 (132)
- Oct 2021 (10)
- Sept 2021 (38)
- Aug 2021 (58)
- Jul 2021 (89)
- Jun 2021 (80)
- May 2021 (93)
- Apr 2021 (154)
- Mar 2021 (185)
- Feb 2021 (107)
- Jan 2021 (115)
- Dec 2020 (234)
- Nov 2020 (270)
- Oct 2020 (304)
- Sept 2020 (218)
- Aug 2020 (114)
- Jul 2020 (7)
- Jun 2020 (40)
- May 2020 (25)
- Apr 2020 (82)
- Mar 2020 (102)
- Feb 2020 (190)
- Jan 2020 (188)
- Dec 2019 (194)
- Nov 2019 (262)
- Oct 2019 (219)
- Sept 2019 (190)
- Aug 2019 (281)
- Jul 2019 (238)
- Jun 2019 (203)
- May 2019 (310)
- Apr 2019 (342)
- Mar 2019 (223)
- Feb 2019 (149)
- Jan 2019 (279)
- Dec 2018 (264)
- Nov 2018 (160)
- Oct 2018 (163)
- Sept 2018 (146)
- Aug 2018 (190)
- Jul 2018 (254)
- Jun 2018 (97)
- May 2018 (176)
- Apr 2018 (164)
- Mar 2018 (148)
- Feb 2018 (197)
- Jan 2018 (307)
- Dec 2017 (349)
- Nov 2017 (407)
- Oct 2017 (186)
- Sept 2017 (275)
- Aug 2017 (291)
- Jul 2017 (1030)
- Jun 2017 (1073)
- May 2017 (1321)
- Apr 2017 (1135)
- Mar 2017 (1160)
- Feb 2017 (1491)
- Jan 2017 (1462)
- Dec 2016 (1261)
- Nov 2016 (1126)
- Oct 2016 (581)
- Sept 2016 (315)
- Jun 2016 (703)