Adakah Hubungan Intim Ketika Hamil Selamat?? Ini Jawapan Dari Doktor Pakar. Jangan Terkejut !!!

Adakah Hubungan Intim Ketika Hamil Selamat?? Ini Jawapan Dari Doktor Pakar. Jangan Terkejut !!!| Ramai pasangan suami isteri takut untuk melakukan hubungan intim ketika hamil. Rasa khuatir timbul kerana bimbang ia akan menyebabkan janin gugur atau si isteri berasa sakit. Sebenarnya, hubungan kelamin selamat dilakukan dalam tempoh awal kehamilan jika puan tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan. Namun yang demikian, perlu diambil peduli bahawa terdapat beberapa masalah kesihatan yang boleh berlaku di awal kehamilan.

Soalan:

Benarkah pada awal kehamilan. wanita hamil tidak dibenarkan membuat hubungan suami isteri? Jika ya, bila saya dan suami boleh mengadakan hubungan intim tanpa menjejaskan kandungan?

Jawapan:

Ramai pasangan suami isteri takut untuk melakukan hubungan intim ketika hamil. Rasa khuatir timbul kerana bimbang ia akan menyebabkan janin gugur atau si isteri berasa sakit. Sebenarnya, hubungan kelamin selamat dilakukan dalam tempoh awal kehamilan jika puan tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan. Namun yang demikian, perlu diambil peduli bahawa terdapat beberapa masalah kesihatan yang boleh berlaku di awal kehamilan. Ia termasuklah:

1. Pendarahan akibat threatened miscarriage

Dalam kes sebegini, ibu hamil dinasihatkan untuk banyakkan berehat ketika darah masih keluar daripada faraj. Masalah sebegini akan pulih dengan sendiri selepas usia kandungan mencapai 13 minggu iaitu bersamaan dengan tiga bulan usia kehamilan.

2. Hyperemesis atau muntah yang teruk di awal kehamilan

Di dalam keadaan ibu hamil yang kerap muntah, maka puan mudah mengalami dehidrasi dan akhirnya menyebabkan tubuh badan menjadi lemah. Oleh yang demikian, suami perlulah memberi sedikit masa kepada puan untuk berehat dan pulih daripada masalah hyperemesis ini sebelum boleh melakukan hubungan intim semula.

Bagi mana-manan ibu hamil yang mempunyai masalah seperti pernah mengalami keguguran atau melahirkan bayi pramatang, pendarahan ketika hamil, sakit di bahagian rahim atau ari-ari ketika hamil.mereka juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melakukan hubungan seks.

Kesimpulannya, hubungan kelamin tidak menimbulkan banyak masalah dan selamat untuk diteruskan ketika isteri hamil. Nasihat untuk berhati-hati hanya diberikan oleh doktor jika pesakit mengalami masalah-masalah seperti di atas.

Soalan berikut dijawab oleh Dr Norintan Zainal Shah, Doktor Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Colombia Asia Medical Centre, Seremban 2, Negeri Sembilan

Sumber: Majalah PaMa

The post Adakah Hubungan Intim Ketika Hamil Selamat?? Ini Jawapan Dari Doktor Pakar. Jangan Terkejut !!! appeared first on SIAKAP KELL.



Sumber : 1Citemalaya>