Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Bulan Rejab merupakan salah satu ‘bulan haram’ yang beerti bulan yang dimuliakan. Dalam Islam terdapat empat bulan haram, iaitu; Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab sendiri. Lalu, mengapakah bulan-bulan ini disebut sebagai ‘bulan haram’?
Al-Qodhi Abu r.a mengatakan, bulan-bulan ini dinamakan bulan haram kerana terdapat dua makna, iaitu;
#1 – Larangan Berperang
Pada bulan tersebut diharamkan berperang dan berbunuhan kecuali jika pihak musuh memulai (perang). Larangan ini telah diikuti sejak zaman Jahiliyah lagi.
#2 – Kemuliaan Bulan
Sebagai penghormatan, pada bulan-bulan tersebut larangan melakukan perbuatan haram lebih dilarang (ditekankan) daripada bulan yang lainnya. Ini kerana mulianya bulan-bulan tersebut.
Al-Quran menjelaskan pula menjelaskan;
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.Surah at-Taubah:36
Dalam ayat ini, Allah memerintahkan agar umatnya tidak berbuat sesuatu yang merugikan, sia-sia atau perbuatan maksiat.
Tetapi pada bulan-bulan inilah seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya seperti berpuasa, dan mendirikan solat sunat. Rasulullah s.a.w bersabda;
“Puasalah pada bulan-bulan haram (mulia)”
Baginda juga bersabda;
“Seutama-utama puasa setelah Ramadan adalah puasa di bulan-bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab).”
Dengan memasuki bulan Rejab, bermakna saat-saat kedatangan Ramadhan sudah semakin hampir.
Lalu jadikanlah bulan-bulan haram ini sebagai persiapan menghadapi bulan Ramadhan dan manfaatkanlah peluang ini sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan ibadah dan tinggalkanlah segala perbuatan yang sia-sia dan dimurkai Allah s.w.t.
Sumber : tazkirah.net
via Bin Usrah